Sunday 27 March 2011

Pembiakan anak ikan tilapia hybrid

Ternakan ikan tilapia telah lama berkembang pesat di seluruh dunia. Semakin berkembangnya ternakan tilapia semakin banyak jumlah pengeluaran benih ikan diperlukan untuk memenuhi permintaan psaran yang tinggi. Pengeluaran anak benih tilapia berhadapan dengan cabaran termasuklah tempoh peringkat awal amatang,tahap kesuburan yang rendah dan mengalami kitar hidup yang lengkap (Little et al., 1993; Bhujel,2000).

            Secara umumnya, induk jantan Oreichromis sp. Akan memilih dan membersihkan tapak sebagai sarang pembiakan di bahagian dasar dan tepi kolam. Kerja pembersihan kan dilakukan selama enam hari sebelum pembiakan berlaku. Semasa pembiakan induk betina akan bertelur di kawasan sarang dan pada masa yang sama induk jantan akan mensenyawakan telur.

            Telur yang telah disenyawakan akan dikutip dan dieramkan di dalam mulut (Buccal cavity) oleh betina sehingga menetas. Mulut induk betina berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi telur-telur yang telah disenyawakan. Embrio atau telur yang telah dieramkan di dalam mulut induk betina akan membesar dan berkembang melalui penyerapan nutrisi dari yolka sehingga menetas. Pada peringkat awal larva tilapia tersebut akan dijaga oleh induk betina sehingga bermulanya pemakanan luar (exogenous feeding).

Umur dan saiz kematangan

Peringkat awal kematangan tilapaia adalah berbeza bergantung kepada spesies da strain yang berlainan dari spesies yang sama (Mancintosh and Little, 1995;Bhujel, 2000). Dalam keadaan semulajadi Nile Tilapia mencapai kematangan seksual pada saiz 20-30 cm antara 150-250 g (Lowe0McConnel, 1958; Gwahaba,1973; Trewavas, 1983).Walaubagaimanapun,berdasarkan kajian De Graaf et al.(1999) and El-Sayed et al.(2003) mendapati Nile Tilapia boleh mencapai kematangan pada saiz 30 g.

Pemilihan induk

Induk yang berkualiti adalah kunci kejayaan dalam pengeluaran benih tilapia secara besar-besaran. Pemilihan induk yang sesuai adalah penting kerana ia akan memberi kesan pada kuantiti dan kualiti anak benih yang dihasilkan. Berikut ialah ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan induk:

          I.            Induk yang tidak mengalami Genetik Modified Organism (GMO). Penghasilan ikan tesebut dan mengelakkan ikan yang tidak diketahui asal-usulnya.
        II.            Induk yang terlalu kecil tidak sesuai kerana kurang kesuburan dan keberkesanan dalam pengeraman dan pembiakan telur serta perlindungan anak (Rana, 1986a).
      III.            Induk yang terlalu tua atau telah banyak kali bertelur adalah tidak sesuai kerana kesuburan dan juga aktiviti penelurannya semakin menurun (Rana,1986a).
     IV.            Induk yang mempunyai moforlogi yang sempurna dan bebas dari kecacatan dan kecederaan.

Pemilihan induk dan perbezaan jantina

Induk yang sihat dan matang akan dipilih dan diletakkan dalam tangki sementara untuk pengukuran. Induk jantan dan betina dapat dibezakan melalui “genital papilla” di mana induk jantan mempunyai 2 lubang iaitu: lubang A adalah saluran pembuangan najis dan lubang B sebagai saluran pembuangan urin dan perembesan sperma. Manakala induk betina mempunyai 3 lubang di mana lubang A saluran pembuangan najis;lubang B sebagai saluran telur dan lubang C ialah saluran urin. Secara moforlogikal, perbezaan warna dan siripnya juga dapat membezakan jantina keatas tilapia. Induk jantan mempunyai warna yang lebih terang da menarik berbanding dengan induk betina. Manakala,di bahagian sirip dorsal induk jantan mempunyai sirip dorsal yang panjang mencecah pada bahagian sirip kaudal berbanding induk betina.

Pemotongan premaksila induk jantan

Tujuan utama pemotongan mulut tilapia jantan ialah untuk mengelakkan kecederaan dan mengurangkan kematian induk tilapia. Perkara ini disebabkan sifat agresif antara induk jantan yang menyerang induk betina pada bahagian badan semasa mengawan. Dengan melakukaan pemotongan bahagian premaksila yang terdiri dari gigi tajam akan dapat mengelakkan kecederaan berlaku.berikut adalah senarai bahan yang perlu semasa pemotongan premaksila.

        I.            Gunting
      II.            Sarung tangan
    III.            Alcohol (20%)
    IV.            Kapas
      V.            Penimbang
    VI.            Pengukur
  VII.            Kain tuala

Bahagian mulut ikan yang hendak dipotong akan dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan kapas yang telah direndam dalam 20% larutan alcohol. Ini adalah untuk memastikan bahagian tersebut bebas dari benda asing terutamanya bacteria yang terdapat di persekitaran.

Kain lembut digunakan untuk menutup badan ikan terutamanya di bahagian kepalanya untuk mengurangkan tekanan dan memudahkan pemotogan premaksila.

Alcohol disediakan dengan campuran 20% alcohol dan 80%  air suling. Pemotongan dilakukan di bahagian premaksila kerana bahagian tersebut mempunyai struktur gigi yang tajam. Sebelum mulut ikan dipotong, gunting dibersihkan terlebih dahulu menggunakan alcohol.

Pensterilan di bawah suhu yang tinggi juga boleh dilakukan ke atas gunting yang akan digunakan  sebelum dan selepas pemotongan. Elak pemotongan secar lebihan di bahagian yang mempunyai banyak kapilari darah untuk mengelakkan pendarahan yang berlebihan dan mengurangkan tekanan pada induk tilapia.

Setelah pemotongan premaksila dan pembasmian bacteria dilakukan, induk tilapia tersebut dipindahkan ke dalam kolam pembiakan. Pembiakan akan berlaku dalam masa sebulan.

Kepadatan stok dan nisbah jantina

Kepadatan stok dan nisbah jantina yang betul akan meningkatkan pengeluaran benih ikan banyak. Kepadatan induk yang terlalu tinggi akan mengurangkan pengeluaran benih (Bevis, 1994). Ini disebabkan sifat agresif dan bergaduh untuk mendapatkan pasangan yang mengakibatkan kurangnya pensenyawaan telur dan pengeraman (Bahrends et al. 1993; Rhida and Cruz, 1999).

            Menurut Gruerrero (1982) menyatakan bahawa dalam kepadatan yang tinggi akan menyebabkan tilapia merembes sejenis mucus yang mengandungi bahan yang mengakibatkan tindak balas “aotuallergic” dan merencat aktiviti pembiakan.

            Terdapat banyak cadangan nisbah jantina di kalangan penyelidikan antaranya nisbah jantan kepada betina iaitu (1:5) di dalam kolam ternakan dan (1:10) di dalam tangki dan hapas (Little and Hulata,2000).

            Berdasarkan Hughes dan Behrends (1983) menyatakan bahawa nisbah jantina Nile tilapia pada nisbah 1:2 mengeluarkan banyak benih daripada nisbah 1:3. Ini jelas sekali menunjukkan tiada satu nisbah jantina yang boleh diaplikasi untuk keberkesanan pembiakan tilapia secara optimum. Akan tetapi,ia bergantung kepada keluasan kawasan penternakan.




4 comments:

  1. Terima kasih. Saya pun baru tahu pasal Pembiakan anak ikan tilapia hybrid. Mohon kongsi pengalaman di sini ~ penternakan ikan tilapia

    ReplyDelete
  2. Saya ada jual benih ikan tilapia merah dngn pelbgai saiz.sila kol sya jika anda mahu,
    radi 0194487136
    Sya broperasi di pucong.

    ReplyDelete