Sunday 27 March 2011

Pembiakan anak ikan tilapia hybrid

Ternakan ikan tilapia telah lama berkembang pesat di seluruh dunia. Semakin berkembangnya ternakan tilapia semakin banyak jumlah pengeluaran benih ikan diperlukan untuk memenuhi permintaan psaran yang tinggi. Pengeluaran anak benih tilapia berhadapan dengan cabaran termasuklah tempoh peringkat awal amatang,tahap kesuburan yang rendah dan mengalami kitar hidup yang lengkap (Little et al., 1993; Bhujel,2000).

            Secara umumnya, induk jantan Oreichromis sp. Akan memilih dan membersihkan tapak sebagai sarang pembiakan di bahagian dasar dan tepi kolam. Kerja pembersihan kan dilakukan selama enam hari sebelum pembiakan berlaku. Semasa pembiakan induk betina akan bertelur di kawasan sarang dan pada masa yang sama induk jantan akan mensenyawakan telur.

            Telur yang telah disenyawakan akan dikutip dan dieramkan di dalam mulut (Buccal cavity) oleh betina sehingga menetas. Mulut induk betina berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi telur-telur yang telah disenyawakan. Embrio atau telur yang telah dieramkan di dalam mulut induk betina akan membesar dan berkembang melalui penyerapan nutrisi dari yolka sehingga menetas. Pada peringkat awal larva tilapia tersebut akan dijaga oleh induk betina sehingga bermulanya pemakanan luar (exogenous feeding).

Umur dan saiz kematangan

Peringkat awal kematangan tilapaia adalah berbeza bergantung kepada spesies da strain yang berlainan dari spesies yang sama (Mancintosh and Little, 1995;Bhujel, 2000). Dalam keadaan semulajadi Nile Tilapia mencapai kematangan seksual pada saiz 20-30 cm antara 150-250 g (Lowe0McConnel, 1958; Gwahaba,1973; Trewavas, 1983).Walaubagaimanapun,berdasarkan kajian De Graaf et al.(1999) and El-Sayed et al.(2003) mendapati Nile Tilapia boleh mencapai kematangan pada saiz 30 g.

Pemilihan induk

Induk yang berkualiti adalah kunci kejayaan dalam pengeluaran benih tilapia secara besar-besaran. Pemilihan induk yang sesuai adalah penting kerana ia akan memberi kesan pada kuantiti dan kualiti anak benih yang dihasilkan. Berikut ialah ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan induk:

          I.            Induk yang tidak mengalami Genetik Modified Organism (GMO). Penghasilan ikan tesebut dan mengelakkan ikan yang tidak diketahui asal-usulnya.
        II.            Induk yang terlalu kecil tidak sesuai kerana kurang kesuburan dan keberkesanan dalam pengeraman dan pembiakan telur serta perlindungan anak (Rana, 1986a).
      III.            Induk yang terlalu tua atau telah banyak kali bertelur adalah tidak sesuai kerana kesuburan dan juga aktiviti penelurannya semakin menurun (Rana,1986a).
     IV.            Induk yang mempunyai moforlogi yang sempurna dan bebas dari kecacatan dan kecederaan.

Pemilihan induk dan perbezaan jantina

Induk yang sihat dan matang akan dipilih dan diletakkan dalam tangki sementara untuk pengukuran. Induk jantan dan betina dapat dibezakan melalui “genital papilla” di mana induk jantan mempunyai 2 lubang iaitu: lubang A adalah saluran pembuangan najis dan lubang B sebagai saluran pembuangan urin dan perembesan sperma. Manakala induk betina mempunyai 3 lubang di mana lubang A saluran pembuangan najis;lubang B sebagai saluran telur dan lubang C ialah saluran urin. Secara moforlogikal, perbezaan warna dan siripnya juga dapat membezakan jantina keatas tilapia. Induk jantan mempunyai warna yang lebih terang da menarik berbanding dengan induk betina. Manakala,di bahagian sirip dorsal induk jantan mempunyai sirip dorsal yang panjang mencecah pada bahagian sirip kaudal berbanding induk betina.

Pemotongan premaksila induk jantan

Tujuan utama pemotongan mulut tilapia jantan ialah untuk mengelakkan kecederaan dan mengurangkan kematian induk tilapia. Perkara ini disebabkan sifat agresif antara induk jantan yang menyerang induk betina pada bahagian badan semasa mengawan. Dengan melakukaan pemotongan bahagian premaksila yang terdiri dari gigi tajam akan dapat mengelakkan kecederaan berlaku.berikut adalah senarai bahan yang perlu semasa pemotongan premaksila.

        I.            Gunting
      II.            Sarung tangan
    III.            Alcohol (20%)
    IV.            Kapas
      V.            Penimbang
    VI.            Pengukur
  VII.            Kain tuala

Bahagian mulut ikan yang hendak dipotong akan dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan kapas yang telah direndam dalam 20% larutan alcohol. Ini adalah untuk memastikan bahagian tersebut bebas dari benda asing terutamanya bacteria yang terdapat di persekitaran.

Kain lembut digunakan untuk menutup badan ikan terutamanya di bahagian kepalanya untuk mengurangkan tekanan dan memudahkan pemotogan premaksila.

Alcohol disediakan dengan campuran 20% alcohol dan 80%  air suling. Pemotongan dilakukan di bahagian premaksila kerana bahagian tersebut mempunyai struktur gigi yang tajam. Sebelum mulut ikan dipotong, gunting dibersihkan terlebih dahulu menggunakan alcohol.

Pensterilan di bawah suhu yang tinggi juga boleh dilakukan ke atas gunting yang akan digunakan  sebelum dan selepas pemotongan. Elak pemotongan secar lebihan di bahagian yang mempunyai banyak kapilari darah untuk mengelakkan pendarahan yang berlebihan dan mengurangkan tekanan pada induk tilapia.

Setelah pemotongan premaksila dan pembasmian bacteria dilakukan, induk tilapia tersebut dipindahkan ke dalam kolam pembiakan. Pembiakan akan berlaku dalam masa sebulan.

Kepadatan stok dan nisbah jantina

Kepadatan stok dan nisbah jantina yang betul akan meningkatkan pengeluaran benih ikan banyak. Kepadatan induk yang terlalu tinggi akan mengurangkan pengeluaran benih (Bevis, 1994). Ini disebabkan sifat agresif dan bergaduh untuk mendapatkan pasangan yang mengakibatkan kurangnya pensenyawaan telur dan pengeraman (Bahrends et al. 1993; Rhida and Cruz, 1999).

            Menurut Gruerrero (1982) menyatakan bahawa dalam kepadatan yang tinggi akan menyebabkan tilapia merembes sejenis mucus yang mengandungi bahan yang mengakibatkan tindak balas “aotuallergic” dan merencat aktiviti pembiakan.

            Terdapat banyak cadangan nisbah jantina di kalangan penyelidikan antaranya nisbah jantan kepada betina iaitu (1:5) di dalam kolam ternakan dan (1:10) di dalam tangki dan hapas (Little and Hulata,2000).

            Berdasarkan Hughes dan Behrends (1983) menyatakan bahawa nisbah jantina Nile tilapia pada nisbah 1:2 mengeluarkan banyak benih daripada nisbah 1:3. Ini jelas sekali menunjukkan tiada satu nisbah jantina yang boleh diaplikasi untuk keberkesanan pembiakan tilapia secara optimum. Akan tetapi,ia bergantung kepada keluasan kawasan penternakan.




Saturday 26 March 2011

Keperluan Mutu Air

Kualiti air adalah penting dalam penternakan tilapia.Perubahan sentiasa berlaku terutamanaya dalam system ternakan secara intensif atau super-intensif.Kualiti air umum diperlukan ialah seperti yang ditunjukkan dalam 
Jadual 1 di bawah ini.

Jadual 1. Parameter kualiti air yang optimal bagi spesies tilapia O. niliticus (Rab,1089)

Parameter
Julat
Unit
pH
8.5 -8.9

Oksigen terlarut (DO)
7.1 – 8.1
mgL-1
Suhu
25.0 -31.5
0C
Alkaliniti
268 -350
mgCaCO3L-1
Ammonia (NH3-N)
0.1 -0.2
mgL-1
Total suspended solid (TSS)
2.2 – 6.3
mgL-1

Pemilihan Tapak

Lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air. Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah :

i. Suhu air – 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )
ii. pH air – 6-8
iii. Oksigen terlarut – lebih dari 2.5 ppm
iv. Karbon dioksida – kurang dari 2.5 ppm
v. Ammonia – kurang dari 1.0 ppm
vi. Kemasinan – 0-20 ppt

Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.

Taburan Geografi

Ikan tilapia ialah kumpulan spesies ikan air tawar yang berasal dari Afrika (termasuk Madagascar) dan Palestine (muara da lembah Jordan)(Philipart and Ruwet, 1982).Ikan ini boleh hidupdi pelbagai ekologi termasuklah sungai yang mempunyai arus perlahan,paya,tasik,lombong,tasik soda dan paya bakau (Philipart and Ruwet, 1982; Lowe-MccConnell, 2000).

Populasi Asing

Tilapia telah digunakan sebagai pengawalan biologi bagi mengawal masalah rumpair tertentu. Ia menggemari tumbuhan akuatik terapung, duckweed (Lemna sp.) tetapi turut makan alga serat (filamentous) . Di Kenya tilapia diperkenalkan bagi mengawal nyamuk yang menyebabkan malaria. Ia makan larva nyamuk, dengan itu mengurangkan jumlah nyamuk betina dewasa, yang merupakan vektor penyakit ini (Petr 2000). Kebaikanini, bagaimanapun jauh ditenggelami oleh aspek negetif tilapia sebagai spesies ceroboh (invasive species). Di Kenya, Tilapia yang terdapat di Tasik Victoria (Sango), dikenali sebagai Ngege oleh puak Luo. Eksportnya ke pasaran Europah telah menjejas bekalan kepada Luos yang menganggapnya sebagai makanan ruji.

Tuesday 22 March 2011

Akuakultur..

Tilapia telah menjadi ikan ketiga penting selepas karp dan salmonid, dengan pengeluaran mencecah 1,505,804 tan metri pada 2002. Disebabkan saiznya yang besar, pertumbuhan pantas, dan rasanya, sejumlah tilapiine cichlid merupakan tumpuan bagi usaha akuakultur utama, terutamanya pelbagai spesies Oreochromis, Sarotherodon, dan Tilapia, kesemuanya secara tidak rasmi dikenali sebagai tilapia. Sebagaimana ikan besar lain, ia merupakan sumber portin yang baik dan merupakan sasaran popular bagi penangkapan nelayan kecil dan perdagangan. Pada asalnya, kebanyakan penangkapan ikan tersebut adalah di Afrika, tetapi perlepasan tilapia secara sengaja atau tidak sengaja dibeberapa tasik air tawar di Asia telah mendorong kepada projek akuakultur di negeri dengan iklim serdahana seperi ASEAM. Di zon serdahana tempatan, operasi penternakan tilapiine memerlukan tenaga bagi memanaskan air kepada suhu tropika yang diperlukan tilapia. Satu kaedah termasuk memanaskan air dengan menggunakan haba sampingan dari kilang dan logi kuasa.

Moforlogi..

Secara amnya,tilapia mempunyai bentuk badan yang lebar dan sisi badan yang mampat. Badannya diselaputi sisik “cycloid” yang agak sukar  dicungkil (Ross,2000).Sirip dorsal,pelvic dan anal mempunyai ruji kasar dan lembut,manakala sirip pectoral dan kaudal hanya mempunyai ruji yang lembut.Sirip kaudal berbentuk bulat.Ikan tilapia adalah spesies yang mempunyai mulut pertengahan (terminal),sesuai dengan tabiat pemakanan ika ini iaitu dalam kumpulam omnivor.



Entimologi..

Nama biasa bagi tilapia berasaskan nama genus cichlid Tilapia, yang dirinya sendiri merupakan menjadikan bentuk latin perkataan Tswana thiape bagi "ikan".Nama genus dan istilah mula diperkenal oleh zoologist dari Scotland, zoologist Andrew Smith pada 1840.

Ketika ia diperkenalkan keseluruh dunia bagi makanan manusia (pada asalnya bagi petani sebagai hidangan kelas rendah), tilapia sering kali mempunyai nama khas bagi mereka dalam pelbagai bahasa dan loghat. Sesetengah spesies tilapia kadang kala dikenali sebagai ikan "St. Peter." Istilah ini diambil dari kisah Injil Kristian mengenai apostle Peter menangkap ikan yang membawa siling shekel dalam mulutnya. Sungguhpun begitu, spesies ikan tidak disebut dalam perenggan Injil;. Sungguhpun nama yang sama digunakan bagi Zeus faber, tiada ikan laun terdapat dikawasan tersebut, satu spesies tilapia (Sarotherodon galilaeus galilaeus) diketahui dijumpai di Laut Galilee di mana kisah tersebut dikatakan berlaku. Spesies ini diketahui merupakan sasaran penangkapan ikan Artisan berskala kecil selama beribu tahun.Di sesetengah negara Asia termasuk Filipina, ikan tilapia besar sering kali disebut pla-pla sementara tilapiar kecil masih dikenali sebagai tilapia. Dalam bahasa Hebrew, tilapia dikenali sebagai amnoon (אמנון). Dalam bahasa Arab, tilapia dikenali sebagai bolty (بلطي ).

Taksonomi dan spesies...

Terdapat banyak klasifikasi tilapia telah dibuat.Tetapi kebanyakan ahli tasksonomi dan penyelidik digalakkan menggunakan genus Tilapia untuk semua spesies iakan tilapia (EL-sayed,2006).


Alam
Animalia
Filum
Chordata
Subfilum
Vertebrata
Superkelas
Osteichthyes
Kelas
Actinopterygii
Subkelas
Neopterygii
Infra kelas
Teleostei
Superorder
Acanthopterygii
Order
Perciformes
Suborder
Lebroidei
Family
Cichlidae
Genus
Oreochromis
Spesies
Oerochromis mossambicus


Secara amnya,terdapat amnya terdapat hamper 80 spesies tilapia yang telah dikenal pasti spesiesnya.Daripada jumlah tersebut,9 spesies telah diternak secara komersial sebagai sumber makanan (Schoenen, 1982; Pullin, 1983).Antaranya ialah seperti berikut:


        I.                    Oreochromis niloticus
      II.                   Oreochromis mossambicus
    III.                  Oreochromis aureus
    IV.                 Oreochromis urolepis-hornorum
      V.                 Oreochromis andersoni
    VI.                Oreochromis macrochir
  VII.                Oreochromis spilurus
VIII.               Tilapia zilli
    IX.                Tilapia rendalli
      X.                Sarotherodon galilaeus

pengenalan...

Ikan tilapia berasal daripada Afrika,ia telah dibawa ke rantau Asia pada tahun 1940.Kini pengeluaran akuakultur bersaskan ternakan ikan tilapia yang terbaik adalah negara Asia (Mancintosh,1993).Pada tahun 
1984 ikan tilapia telah diperkenalkan di Malaysia melalui Thailand.

Kebolehan pelbagai jenis tilapia merah telah diagihkan ke pasaran dunia termasuk Negara membangun seperti Taiwan,Singapura,Filipina,Korea,Vietnam dan Malaysia (Chen,1990; Macintosh, 1993).Sektor perikanan memainkan peranan yang penting dalam membekalkan ikan sebagai sumber makana kepada penduduk sedunia.

Pada tahu 2006, sector perikanan di Malaysia telah mengeluarkan 1 595 961.51 tan metric yang bernilai RM6 262.11 juta. Bagi sector akuakultur,hasil pengeluaran telah mencatatkan sebanyak 212 026.77 tan metric ikan bernilai RM1 291 75.00 juta.

Daripada jumlah ini,ternakan air tawar telah menyumbang sebanyak 61 652.48 tan metric bernilai RM292.34 juta di mana ia merangkumi system kolam,bekas lombong,sangkar,tangki simen dan system kandang ikan masing-masing mencatat 41 275.43; 10 182.08; 8 018.19; 1 911.96 dan 264.82 metrik.

Daripada jumlah tersebut pengeluaran ikan tilapia merah dalam system kolam,bekas lombong,sangkar dan tangki simen masing-masing menyumbang 12 853.21; 3 909.05; 4 783.18 dan 1 442.41. selaras denganitu, pihak kerajaan telah mensasarkan jumlah pengeluaran ikan bagi sector akuakultur sebanyak 662 000 tan metric ikan pada tahun 2010.

Thursday 10 March 2011